Sunday 27 September 2015

3 Tips Ringkas Meleraikan Pergaduhan Anak-Anak

Apabila anak-anak bergaduh, memang pening kepala dibuatnya, terutama anak yang semakin besar.

Bergaduh adalah perkara lazim berlaku antara adik beradik. Sehingga ada pepatah mengatakan, "Air dicincang tidak akan putus" Namun sebagai ibubapa, kita tidak mahu pergaduhan yang berlaku bakal merobek keharmonian keluarga.

Anak-anak kecil disebabkan perkara kecil dan remeh-temeh mereka boleh bergaduh. Mereka mahu memiliki, tidak mahu berkongsi, rasa seperti kalah dan sebagainya. 

Anak-anak suka berlawan, mereka sentiasa mahu menang. Kalah itu seperti suatu kegagalan yang besar. Padahal tidak dapat tangkap bola sahaja!


Tips 1: 
Tidak perlu masuk campur apabila anak-anak bergaduh manja, biarkan sahaja. Buat-buat tidak nampak. Pandai pula mereka berkawan semula. Namun sekiranya pergaduhan melibatkan kecederaan dan risiko keselamatan, itu lain cerita.

Tips 2:
Elakkan menyalahkan kakak apabila adik menangis. Jangan memberi ganjaran kepada tingkah laku negatif.

"Kakak, tengok apa kakak sudah buat pada adik. Adik sudah menangis. Tidak baik begini!"

Kakak mendapat perhatian. Perhatian adalah suatu bentuk ganjaran yang diterima oleh kakak, walaupun dalam bentuk marah-marah. Bagi mendapat ganjaran dan perhatian lagi, kakak akan mengulang perbuatannya.

Tips 3:
Leraikan pergaduhan dengan menyebut kelebihan anak kepada anak yang lain.

Panggil adik, beritahu adik. "Adik mesti hormat kakak, kakak selalu bacakan adik buku dan mengajar adik mengira."

Panggil pula kakak, beritahu kakak. "Kakak kena sayang pada adik. Adik selalu ikut cakap kakak. Nanti siapa mahu berkawan dengan kakak di dalam rumah ini?"

Dalam banyak kes, buat-buat tidak tahu dan buat-buat tidak nampak anak-anak berkelahi sesama mereka mengurangkan kes pergaduhan kecil.



4 comments:

  1. Akak ada sorang anak lelaki yang memang suka kacau adik-adiknya. Kalau dia ada, semua adik-adiknya pasti ada yang akan menangis, menjerit dan sebagainya. Perkara tetap berulang walaupun akak dah nasihati beliau. Mungkin masih belum cukup nasihat ke apa agaknya ya? :)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg sangat bagus. Tak sabar-sabar nk apply pd anak2. Terima kasih ya.

    ReplyDelete
  3. Sy rasa mungkin akak wan rohaniah boleh mencuba teknik libas. Cara2nya 1) pergi kedai rotan beli rotan pukul budak. 2) balik rumah libas di kaki dia. Kalau rasa sakit hati tu meluap luap libas di kepala sekali shj jgn lebih. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  4. Sy rasa mungkin akak wan rohaniah boleh mencuba teknik libas. Cara2nya 1) pergi kedai rotan beli rotan pukul budak. 2) balik rumah libas di kaki dia. Kalau rasa sakit hati tu meluap luap libas di kepala sekali shj jgn lebih. Selamat mencuba.

    ReplyDelete